selangkah setapak...

Saturday 8 August 2009

Pemergianmu mengubah segalanya...............

Bertemu kembali sambil mengimbau kenangan lama......
Desember 1989 aku telah meninggalkan negeri kelahiranku Pulau Pinang.. Dengan semangat seorang pendidik aku terus melangkah tanpa ragu-ragu. Aku bersama suami tercinta memulakan hidup baru di kampung Melayu Sungai Buloh. Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun akhirnya kami dikurniakan seorang permata hati dan penyeri hidup kami. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan baik. Aku dilayan sebagai seorang 'Permaisuri'.....
Empat tahun kemudian kami dilimpahkan rezeki dengan kehadiran seorang putera. Syukur pada yang Esa kerana ku kira hidup kami telah lengkap dan kami akan terus bahagia hingga ke akhir hayat.. Tanggal 12 Desember 2003. hari rabu lebih kurang jam 10.15 malam, aku telah uji dengan ujian yang tak tertanggung oleh insan kerdil seperti ku....
Pada tarikh keramat ini bersamaan dengan hari Nuzul Quran, kami sekeluarga kehilangan seorang ayah, seorang suami, seorang kawan atau yang lebih tepat lagi seorang 'Wira' dalam hidup kami sekeluarga....... " Ya Allah Kau tempatkan Rohnya bersama orang-orang yang terpilih" Amin...
Beliau dijemput Ilahi ketika berumur 38 tahun. Pada waktu itu, keputusan UPSR belum lagi di umumkan. Tetapi beliau pernah berbisik pada ku, " Insyaallah anak kita akan dapat 5A"
Alhamdulillah Allah makbulkan. Putra bongsuku masih dalam Tahun 2.
Pada awal Desember 2003 kami sekeluarga bersiap sedia untuk pulang menetap di Melaka iaitu tempat kelahiran Allahyarham...
Semasa hayatnya beliau telah berjaya membeli sebuah banglo setingkat dari seorang kenalan lamanya. Malangnya impiam kami sekeluarga musnah. Beliau diserang demam panas dan sesak nafas........ Akhirnya beliau telah menghembuskan nafas terakhirnya di Tempat kelahirannya iaitu di Bukit Durian Melaka. Semuga Allah mencucuri Rahmat ke atas Rohnya.....Amin...
Aku terpaksa menolak tawaran perpindahanku ke Melaka. Terima kasih Pn. Rozana, Ustazah Noraini, En. Adnan (Pengetua PIBG) cikgu Rosnah, Faridah, Shuriza dan Norseha yang sudi ke Melaka menziarahi jenazah. Terima kasih juga kepada semua kawan-kawan dari Sk Sg Pelong yang turut serta. Buat Guru Besar Tuan Hj Zulkifli Terima Kasih kerana dapat menerima saya bertugas kembali di sk Sungai Buloh.
Insyaallah, coretan ini akan disambugkan lagi..

0 comments:

 
template by suckmylolly.com flower brushes by gvalkyrie.deviantart.com