selangkah setapak...

Saturday 8 August 2009

Pemergianmu mengubah segalanya...............

Bertemu kembali sambil mengimbau kenangan lama......
Desember 1989 aku telah meninggalkan negeri kelahiranku Pulau Pinang.. Dengan semangat seorang pendidik aku terus melangkah tanpa ragu-ragu. Aku bersama suami tercinta memulakan hidup baru di kampung Melayu Sungai Buloh. Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun akhirnya kami dikurniakan seorang permata hati dan penyeri hidup kami. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan baik. Aku dilayan sebagai seorang 'Permaisuri'.....
Empat tahun kemudian kami dilimpahkan rezeki dengan kehadiran seorang putera. Syukur pada yang Esa kerana ku kira hidup kami telah lengkap dan kami akan terus bahagia hingga ke akhir hayat.. Tanggal 12 Desember 2003. hari rabu lebih kurang jam 10.15 malam, aku telah uji dengan ujian yang tak tertanggung oleh insan kerdil seperti ku....
Pada tarikh keramat ini bersamaan dengan hari Nuzul Quran, kami sekeluarga kehilangan seorang ayah, seorang suami, seorang kawan atau yang lebih tepat lagi seorang 'Wira' dalam hidup kami sekeluarga....... " Ya Allah Kau tempatkan Rohnya bersama orang-orang yang terpilih" Amin...
Beliau dijemput Ilahi ketika berumur 38 tahun. Pada waktu itu, keputusan UPSR belum lagi di umumkan. Tetapi beliau pernah berbisik pada ku, " Insyaallah anak kita akan dapat 5A"
Alhamdulillah Allah makbulkan. Putra bongsuku masih dalam Tahun 2.
Pada awal Desember 2003 kami sekeluarga bersiap sedia untuk pulang menetap di Melaka iaitu tempat kelahiran Allahyarham...
Semasa hayatnya beliau telah berjaya membeli sebuah banglo setingkat dari seorang kenalan lamanya. Malangnya impiam kami sekeluarga musnah. Beliau diserang demam panas dan sesak nafas........ Akhirnya beliau telah menghembuskan nafas terakhirnya di Tempat kelahirannya iaitu di Bukit Durian Melaka. Semuga Allah mencucuri Rahmat ke atas Rohnya.....Amin...
Aku terpaksa menolak tawaran perpindahanku ke Melaka. Terima kasih Pn. Rozana, Ustazah Noraini, En. Adnan (Pengetua PIBG) cikgu Rosnah, Faridah, Shuriza dan Norseha yang sudi ke Melaka menziarahi jenazah. Terima kasih juga kepada semua kawan-kawan dari Sk Sg Pelong yang turut serta. Buat Guru Besar Tuan Hj Zulkifli Terima Kasih kerana dapat menerima saya bertugas kembali di sk Sungai Buloh.
Insyaallah, coretan ini akan disambugkan lagi..

Monday 27 July 2009

pengorbanan seorang walid

Hari ini 28 julai baru terasa segar semula. sesudah subuh 25 julai kami bergegas ke Perak berurusan dengan peguam, selesai urusan terus ke kampung kira-kira sejam perjalanan untuk berjumpa dengan apak dan mak. dalam kepala berbagai persoalan timbul, apa alasan untuk meneruskan perjalanan semula... " Jom pegi tengok umah baru, nak pasang air ari ni..." macam mana ni tentu lewat... tapi demi menjaga hati kedua orang tua, kami akur... selesai semuanya azan zohor berkumandang.. ok lah mak apak kami kena cepat ni, nak ambik anif pula kat Jeram, pas tu nak ke Melaka ada kenduri arwah.. mahu tak mahu dengan berat hati apak melepaskan kami, walaupun berkali-kali katanya 26 julai kat sini andak nak buat kenduri arwah juga. tapi akhirnya apak terpaksa mengalah kerana 26 julai kami nak antar Fatin balik usim..
Dari sekolah anif jam 5.30 ptg.. sampai umah jam 6.30. kami bergegas mandi dan menyambungkan semula perjalanan kami ke Melaka. Alhamdulillah kami selamat sampai ketika jemputan sedang bersedia untuk memulakan majlis. Dah lepas isyak dah pun...
Pagi 26 julai badan terasa lemah sangat tetapi terpaksa bangun juga untuk menyambung tugasan harian. "Ibu masakkan sambal ayam , nak bawa ke asrama". Nak tak nak buatkan juga.. Tghari bertolak lah kami sekeluarga.... "Ibu , nak, bawa keta lah.. satu lagi yang membuatkan aku fobia. oklah tapi jangan laju, jangan motong, jangan bla.. bla...bla...
Sampai di Usim, Fatin turun.. Jam 6.30 sampai umah. Jam 7.00 kami teruskan perjalanan antar anif pula. Segala urusan selesai pada jam 10.00 malam. Alhamdulillah... kami selamat sampai rumah. nak makan pun tak ada selera. nampak bantal je.. Bersyukur kepada Allah.. kerana kami sekeluarga selamat sejahtera dan memberi kesihatan yang baik kepada seorang Walid.

Tuesday 21 July 2009

hari pertamaku


Tanggal 22 julai 2009 aku didedah dengan pembinaaan blog. Mulanya, terasa macam blok bata buat rumah, rupanya blog yang lembut je, tak de pe pun. Kira macam dah pandai le sekarang ni. Nak bagi kursus pun dah boleh he he he. ok rasanya aku dah berjaya ari ni... kata orang " Alah bisa tegal biasa" Tq Cik CT.

 
template by suckmylolly.com flower brushes by gvalkyrie.deviantart.com